hi, mohon tekan butang like jika belum tekan dan share artikel yang anda suka di facebook.

Sekitar Bandar Kajang Selepas Banjir

| 03/12/2011

KAJANG – Setelah panik mengalami banjir kilat yang dahsyat ekoran hujan lebat yang mencurah secara tiba-tiba semalam, para peniaga di bandar Kajang kembali ke premis untuk mencuci kedai dan barang niaga masing-masing.

Beberapa premis perniagaan terpaksa mengadakan ‘jualan murah selepas banjir’ ekoran barang-barang niaga yang rosak teruk akibat banjir yang tidak disangka-sangka itu.

Selain itu, beberapa pemilik kenderaan yang terperangkap di bahagian bawah aras tempat letak kereta di kompleks perniagaan dan hotel sekitarnya turut kelihatan mendapatkan kenderaan masing-masing dengan tujuan yang sama.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Asyraf, 22, yang meminjam kereta ibunya terpaksa menanggung kerugian apabila kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta aras bawah sebuah hotel teruk dimasuki air bah dan lumpur.

Dia yang menghadiri kursus di sini semalam tidak dapat berbuat apa-apa ketika kereta milik ibunya itu ditelan banjir kilat yang turut menenggelamkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tempat yang sama.

Jurugambar Mynewshub.my, Yumni Harun, bergegas ke sini hari ini untuk meninjau keadaan bandar tersebut setelah dilanda banjir yang terburuk sejak 40 tahun lalu.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang berjaya dirakamkan jurugambar kami:

sumber

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen anda pula

orang je yang komen

Category: Berita Tempatan

About yussz712: View author profile.

Comments are closed.