Polis bongkar rahsia 5 penculik
MOHD. ADNAN (kiri) dan pegawainya menunjukkan sebahagian barangan kes pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.
|
SHAH ALAM – Penahanan lima suspek termasuk seorang wanita yang melarikan seorang budak berusia lima tahun bersama kereta BMW di Desa Jaya, Kepong dekat sini Isnin lalu membongkar kegiatan jahat mereka apabila didapati kesemuanya terlibat dengan 13 kes curi kereta, pecah rumah dan samun.
Kumpulan suspek yang tidak mempunyai gelaran berusia di antara 20 dan 34 tahun itu disyaki terlibat 10 kes di Ipoh dan Manjung, Perak serta masing-masing satu di Gombak, Ampang dan Kepong.
Modus operandi mereka ialah menggunakan ibu kunci untuk mencuri kereta yang diletakkan di kawasan sunyi, mengacukan senjata tajam untuk menyamun dan menceroboh rumah ketika penghuninya keluar bekerja.
Suspek dari Puchong, Kajang, Klang, Balakong dan Port Dickson, Negeri Sembilan itu telah bergiat sejak setahun lalu dan sanggup ke negeri lain untuk melakukan jenayah.
Category: Berita Tempatan

Komen anda pula