hi, mohon tekan butang like jika belum tekan dan share artikel yang anda suka di facebook.

Model parah kena kipas pesawat

| 08/12/2011
TRAGEDI...Lauren tahu dirinya cedera akibat terlanggar kipas kapal terbang.
TRAGEDI…Lauren tahu dirinya cedera akibat terlanggar kipas kapal terbang.

AUSTIN (Texas): Seorang model cedera parah kerana terkena kipas kapal terbang 2011 Aviat Husky selepas dia merempuh alat itu kerana teruja mahu melihat lampu Krismas.

Akibat kemalangan itu, Lauren Scruggs, 23, hampir putus tangan kirinya, selain luka di muka serta bahagian atas tubuh.

Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan, tetapi doktor terpaksa memotong tangan kirinya.

Lauren – banyak menulis mengenai fesyen dalam blog dan mengedit majalah dalam talian di Texas – terkena kipas berkenaan sejurus selepas keluar dari pesawat.

Dia tiba di Lapangan Terbang Aero di McKinney untuk melihat sambutan Krismas di situ.

Menurut rakannya, sebaik saja dia keluar dari pesawat berkenaan, Lauren terus berjalan ke aras kipas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen anda pula

orang je yang komen

Category: Luar Negara

About yussz712: View author profile.

Comments are closed.