hi, mohon tekan butang like jika belum tekan dan share artikel yang anda suka di facebook.

Lubang Hitam Lebih Besar Dijumpai

| 09/12/2011

Cape Canaveral, Florida – Ahli sains telah menemui dua lubang hitam raksasa yang mana setiap satu adalah 10 bilion kali lebih besar dari saiz matahari kita.

Sebuah pasukan yang diketuai oleh ahli astronomi di Universiti California, Berkeley, mendapati kedua-dua lubang hitam raksasa di dalam kelompok elliptical galaxies yang berada 300 juta tahun cahaya jaraknya. Jarak itu agak rapat pada skala galaksi.

Lubang hitam yang kita ketahui selama ini adalah sebesar 6 bilion kali saiz matahari.

Dalam kajian yang dikeluarkan pada Isnin oleh jurnal Nature, para saintis berpendapat lubang hitam ini mungkin adalah saki baki quasar pada permulaan kewujudan alam semesta. Ini adalah hampir serupa dengan quarsar muda dan tersembunyi sehingga kini. Mereka menggunakan teleskop gergasi dan Teleskop Angkasa Hubble untuk tugas itu, serta superkomputer di Texas.

Lubang hitam terbentuk oleh ledakan bintang bersaiz yang amat besar. Ianya teramat besar sehinggakan cahaya pun tidak dapat melepasinya. Kebanyakan galaksi dipercayai mempunyai lubang hitam di tengah-tengah mereka, lebih besar galaksi maka lebih besar lubang hitam.

Penyelidik berkata, penemuan mereka menunjukkan perbezaan cara lubang hitam membesar, bergantung kepada saiz galaksi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen anda pula

orang je yang komen

Category: Info

About yussz712: View author profile.

Comments are closed.