Keluarga Terbesar Di dunia, 181 orang tinggal di dalam rumah 100 bilik
Sekiranya ada tahu kisah dongeng yang menceritakan tentang seorang wanita tua yang tinggal didalam kasut bersama ramai kanak-kanak, ini puala adalah cerita sebenar.

Merupakan keluarga terbesar di dunia, yang berada di Baktwang, India dan tinggal di rumah empat tingkat dengan 100 bilik. http://www.yussz.com
Ziona Chana, 67 Tahun merupakan ketua keluarga dan seorang pekerja pembinaan.

181 orang keluarganya ini yang terdiri daripada dia, 39 isteri, 94 orang anak, 14 menantu dan 33 orang cucu.
Anak Ziona yang paling muda berusia lima tahun.
“Saya menganggap diri saya seorang yang sangat bertuah untuk menjadi suami kepada 39 wanita dan ketua keluarga yang terbesar di dunia,” katanya kepada media.
Isteri pertama, Zathiangi, 71, menguruskan semua orang lain dirumah itu untuk melaksanakan tugas harian. Semua isteri dalam keluarga itu perlu bergilir-gilir tidur di katil Ziona, yang telah terbukti menjadi tempat tidur yang mampu melahirkan ramai anak.
Ziona merupakan pemimpin mazhab Kristian Chana yang mempunyai kira-kira 4,000 pengikut dan dibenarkan berpoligami. Perkahwinannya dianggap mulia, kebanyakan isterinya merupakan orang miskin dan anak yatim piatu.
Selain dari tugas harian yang mencuci pakaian, bolehkah anda bayangkan waktu makan di rumah ini? Bagaimana pula dengan lain-lain urusan?
Category: Luar Negara

Komen anda pula