Gagal pulang
TERPERANGKAP…dua warga Afrika yang dicekup.
KUALA LUMPUR: Seramai 58 warga asing dari Nigeria, Ghana, Myanmar dan Indonesia ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di Kepong dan Damansara, di sini, semalam.
Sepanjang operasi dari jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam itu, lebih 500 warga asing diperiksa bagi mengesan mereka yang belum mendaftarkan diri dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Penolong Pengarah JIM Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata pihaknya melakukan pemeriksaan di laluan pejalan kaki, dalam bas, teksi serta beberapa premis perniagaan yang menjadi tumpuan warga asing terutama warga Afrika.
“Hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditahan sudah mendaftarkan diri bawah Program 6P kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan diarah pulang sebulan lalu, namun mereka dikesan masih berada di dalam negara ini,” katanya.
Menurutnya, operasi diadakan dari semasa ke semasa untuk turut mengesan majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit dan dokumen diri.
James berkata, semua mereka ditahan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Imigresen atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah selain tinggal melebihi masa dibenarkan.
Category: Berita Tempatan

Komen anda pula