hi, mohon tekan butang like jika belum tekan dan share artikel yang anda suka di facebook.

Category: Berita Tempatan

Nayati Shamelin Moodliar Ditemui Selamat

Nayati Shamelin Moodliar Ditemui Selamat

03/05/2012 | Comments (0)

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini di kawasan Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh, Rawang. Polis mengesahkan Nayati ditemui kira-kira 7.55 pagi. Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata: “Kami gembira untuk [...]

Read More

Hafizuddin, Natasha kembali berkawan

Hafizuddin, Natasha kembali berkawan

16/04/2012 | Comments (0)

KANGAR – Setelah hampir tujuh bulan berpisah, Mohd. Hafizuddin Mohd. Johari, mangsa simbahan asid oleh seorang lelaki yang cemburu terhadap hubungannya dengan seorang pondan yang dikenali sebagai Natasha pada September lalu kini kembali menjalin hubungan dengan temannya itu. Mohd. Hafizuddin, 21, ketika menghubungi Kosmo! memberitahu, hubungan dia dengan Natasha atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan, 29, [...]

Read More

Ombak Rindu Mencecah Kutipan RM 10 Juta

Ombak Rindu Mencecah Kutipan RM 10 Juta

18/12/2011 | Comments (0)

Filem “Ombak Rindu” dilakonkan Aaron Aziz dan Maya Karin   PETALING JAYA: Filem adaptasi novel popular Ombak Rindu kini berjaya mencecah RM10 juta setelah 17 hari ditayangkan. Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember lalu. Pengarah Urusan Tarantella Pictures, Sharad Sharan, berkata, kutipan tersebut mungkin akan meningkat kerana tayangan filem tersebut dilanjutkan selama dua [...]

Read More

INTIPATI PERLAKSANAAN SBPA 2012

INTIPATI PERLAKSANAAN SBPA 2012

08/12/2011 | Comments (0)

Ini merupakan kandungan yang terdapat dalam NOTA MAKLUMAN MEDIA – SEMPENA PELANCARAN PEKELILING SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) OLEH YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH, KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA. Anda semua mesti nak tahu apa intipati kandungan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012. INTIPATI PERLAKSANAAN SBPA2012 —>>>DOWNLOAD SINI Antara Intipati Pelaksanaan SBPA 2012 [...]

Read More

Syarat mohon RM500

Syarat mohon RM500

08/12/2011 | Comments (0)

KERATAN Kosmo! 1 Disember 2011.   KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah. “Ini merangkumi individu yang berkahwin; [...]

Read More

AirAsia tawar tambang 10 sen

AirAsia tawar tambang 10 sen

08/12/2011 | Comments (0)

KUALA LUMPUR: AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan tambang perjalanan sehingga serendah 10 sen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, bermula tengah malam hari ini. Tambang perjalanan itu adalah bagi kira-kira 80 destinasi domestik dan antarabangsa termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Jakarta, Bali, Medan, Bangkok, Hat Yai, Phuket dan Hanoi. [...]

Read More

Budak 4 tahun maut ditimpa pokok kelapa ditebang jiran

Budak 4 tahun maut ditimpa pokok kelapa ditebang jiran

04/12/2011 | Comments (0)

BESUT: Seorang kanak-kanak berumur empat tahun maut ditimpa sebatang pokok kelapa yang ditebang jirannya di Kampung Gong Dasar, Jabi, dekat sini petang semalam. Muhammad Faiz Hakimi Aziz yang cedera parah di kepala dan badan, mati dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada jam 3.15 [...]

Read More

Sekitar Bandar Kajang Selepas Banjir

Sekitar Bandar Kajang Selepas Banjir

03/12/2011 | Comments (0)

KAJANG – Setelah panik mengalami banjir kilat yang dahsyat ekoran hujan lebat yang mencurah secara tiba-tiba semalam, para peniaga di bandar Kajang kembali ke premis untuk mencuci kedai dan barang niaga masing-masing. Beberapa premis perniagaan terpaksa mengadakan ‘jualan murah selepas banjir’ ekoran barang-barang niaga yang rosak teruk akibat banjir yang tidak disangka-sangka itu. Selain itu, [...]

Read More

Proton Tuah Mula Dijual Dalam Masa 4 Bulan Lagi?

Proton Tuah Mula Dijual Dalam Masa 4 Bulan Lagi?

03/12/2011 | Comments (0)

Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka akan mula memasarkan model baru menyamai kereta konsep Tuah dalam masa empat bulan lagi. Keputusan itu hampir pasti dan orang ramai pasti tidak akan kecewa dengan model baru berkenaan. “Dalam empat bulan lagi kita akan pasarkan Tuah,” katanya. Sebelum ini, kecoh di media-media online dan blog Proton akan melancarkan model [...]

Read More

Polis bongkar rahsia 5 penculik

Polis bongkar rahsia 5 penculik

03/12/2011 | Comments (0)

MOHD. ADNAN (kiri) dan pegawainya menunjukkan sebahagian barangan kes pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.   SHAH ALAM – Penahanan lima suspek termasuk seorang wanita yang melarikan seorang budak berusia lima tahun bersama kereta BMW di Desa Jaya, Kepong dekat sini Isnin lalu membongkar kegiatan jahat mereka apabila didapati kesemuanya terlibat dengan 13 kes [...]

Read More

Hattan nafi cerai talak tiga

Hattan nafi cerai talak tiga

03/12/2011 | Comments (0)

DETIK manis majlis pernikahan Hattan dengan Farah pada 11 November lalu.   KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Hattan menafikan gosip mengatakan dia telah menceraikan isterinya, Farah Asyikin, 32, dengan talak tiga selepas hanya seminggu berkahwin pada bulan lalu. Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin, 47, berkata, gosip tersebut tidak benar dan berniat jahat. Beliau turut [...]

Read More

Mayat dalam semak dibunuh

Mayat dalam semak dibunuh

03/12/2011 | Comments (0)

IMRAN (tengah) dan pegawainya menunjukkan gambar barangan milik mangsa bunuh seperti kunci, jaket, tali pinggang dan seluar pada sidang akhbar di Sepang semalam.   SEPANG – Siasatan terhadap satu mayat lelaki yang ditemui di dalam belukar dekat landasan Express Rail Link (ERL) dari arah Putrajaya ke stesen KL Sentral, Presint 11, Putrajaya pada 23 November [...]

Read More

Dijel 2 tahun buang bayi sendiri

Dijel 2 tahun buang bayi sendiri

03/12/2011 | Comments (0)

NURUL IZZATI SYAZWANI diiring keluar dari Mahkamah Majistret Tampin, Negeri Sembilan semalam.   TAMPIN – Perbuatan kejam seorang kerani sebuah kolej yang tergamak membuang bayi sendiri selepas dilahirkan di dalam semak 22 November lalu berbalas apabila dia dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Nurul Izzati Syazwani Zulkarnian, 23, diarahkan menjalani hukuman [...]

Read More

Beg diragut selepas pinjam wang

Beg diragut selepas pinjam wang

03/12/2011 | Comments (0)

Siti Mariam masih terlantar di Hospital Pulau Pinang semalam selepas cedera ketika cuba menghalang peragut melarikan beg tangan kakaknya.   GEORGE TOWN – Tekad dua beradik cuba menyelamatkan beg tangan yang diragut seorang lelaki di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini tidak berhasil apabila motosikal mereka ditendang suspek sehingga terbabas kelmarin. Akibatnya, Siti Mariam Zulkifli, [...]

Read More

Monorel Melaka dihenti lagi

Monorel Melaka dihenti lagi

03/12/2011 | Comments (0)

Petugas pelancong menaiki Monorel Melaka masih belum tercapai gara-gara masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan. – Gambar hiasan   KUALA LUMPUR – Operasi Monorel Melaka yang diberhentikan buat kali kedua bermula pada 30 November lalu dilakukan demi keselamatan para penumpang termasuk pelancong asing. Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, pemberhentian [...]

Read More

13 laluan bas KLSB dihentikan

13 laluan bas KLSB dihentikan

03/12/2011 | Comments (0)

SEBAHAGIAN daripada pekerja KLSB bimbang nasib mereka terjejas selepas syarikat bas itu menghentikan perkhidmatan di 13 laluan di Sungai Petani semalam.   SUNGAI PETANI – Perkhidmatan bas di 13 laluan milik Kenderaan Langkasuka Sdn. Bhd. (KLSB) di sekitar daerah ini dihentikan serta-merta mulai semalam sekali gus menjejaskan masa depan kira-kira 30 orang pekerjanya. Ia melibatkan [...]

Read More

Tendang bayi menangis

Tendang bayi menangis

03/12/2011 | Comments (0)

GEORGETOWN: Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan bulan, seorang bapa ‘naik hantu’ dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin. Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan [...]

Read More

Bayar komisen lepas rompak

Bayar komisen lepas rompak

03/12/2011 | Comments (0)

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan. Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan. Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan [...]

Read More

Seorang lagi pelajar Malaysia di Malang meninggal dunia

Seorang lagi pelajar Malaysia di Malang meninggal dunia

03/12/2011 | Comments (0)

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Selepas kira-kira sebulan, seorang lagi pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Malang, Indonesia meninggal dunia malam tadi. Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat menerusi laman Facebooknya bagaimanapun berkata, punca kematian pelajar tersebut masih belum dipastikan tetapi dipercayai akibat masalah kesihatan. Ini merupakan kematian kedua pelajar Malaysia di kota [...]

Read More

Anak sangka bapa tidur

Anak sangka bapa tidur

03/12/2011 | Comments (0)

AJAL…keadaan Lokman yang tidak bernyawa tersandar pada cermin pintu pemandu. Gambar kecil, Lokman, sakit jantung KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun menyangka bapanya tertidur ketika memandu sedangkan lelaki berkenaan sebenarnya meninggal dunia akibat serangan jantung. Dalam kejadian jam 10.15 pagi Jalan Pedada, Taman Kota Jaya itu, Dina Alisa Lokman hanya mendiamkan diri apabila [...]

Read More

10 keluarga mangsa kebakaran dapat bantuan

10 keluarga mangsa kebakaran dapat bantuan

03/12/2011 | Comments (0)

KUALA LUMPUR: Kesedihan dan kesusahan penduduk di Tingkat 4, Blok 4, Flat Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, Cheras mendapat simpati pelbagai pihak yang menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan mahu pun pakaian. Pemandu lori, G Parameswaran, 45, yang kerugian hampir RM50,000 selepas rumahnya hangus dalam kebakaran Selasa lalu menerima sumbangan wang tunai RM2,000. Menurutnya, [...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Read More