tonton video best

80 maut kebakaran di India

| 09/12/2011

New Delhi (CNN) – Lebih daripada 80 orang terbunuh apabila satu kebakaran berlaku di hospital timur India hari ini, kata pihak berkuasa.

Kebakaran bermula dari tingkat bawah tanah hospital lima tingkat di bandar Kolkata, kata DP Biswas, Ketua Pengarah jabatan bomba di kawasan itu.

Mangsa-mangsa yang meninggal dunia disebabkan terhidu asap.

Kebakaran itu bermula pada kira-kira 4 pagi di ruangan bawah tanah hospital. Pihak Berkuasa cuba untuk menentukan apa yang menyebabkan kebakaran itu.

Siasatan awal menunjukkan bahawa hospital tersebut tidak mematuhi peraturan keselamatan di tingkat bawah tanah, kata Javed Ahmed Khan, Menteri Kebakaran Dan Kecemasan Negara.

Pihak itu mendapati bahawa ruangan bawah tanah yang digunakan untuk tempat letak kereta, gudang bekalan perubatan dan juga sebagai sebuah jabatan onkologi, kata Khan.

“Ini adalah satu pelanggaran (norma keselamatan),” katanya.

Khan berkata lesen hospital telah dibatalkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Kata Anda?

Komen

Category: Luar Negara

About yussz712: View author profile.

Comments are closed.