10 keluarga mangsa kebakaran dapat bantuan
KUALA LUMPUR: Kesedihan dan kesusahan penduduk di Tingkat 4, Blok 4, Flat Perumahan Awam Sri Pulau Pinang, Cheras mendapat simpati pelbagai pihak yang menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan mahu pun pakaian.
Pemandu lori, G Parameswaran, 45, yang kerugian hampir RM50,000 selepas rumahnya hangus dalam kebakaran Selasa lalu menerima sumbangan wang tunai RM2,000.
Menurutnya, bantuan itu diguna untuk membeli barang keperluan apabila mendapat rumah baru yang dimohon daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Buat sementara waktu, saya dan keluarga tinggal di rumah saudara di dewan orang ramai di sekitar kawasan perumahan,” katanya.
Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk A Chandrakumanan turut turun padang melawat mangsa kebakaran di perumahan terbabit, semalam.
“Kami akan cuba mendapatkan bantuan untuk mangsa kebakaran dan mengambil tindakan sepatutnya kerana dalam keadaan sekarang susah untuk kita menganggar kerugian dialami 10 keluarga terbabit”, katanya kepada Harian Metro, semalam.
Harian Metro Selasa lalu melaporkan 10 rumah terbakar dalam kejadian kebakaran di flet berkenaan yang masih belum diketahui punca kebakaran.
Category: Berita Tempatan

Komen anda pula